Mendidik anda memulakan bisnes sewaktu di peringkat persekolahan membantu anak menjadi berani, tidak malu dan yakin kepada kebolehan diri.
Anak-anak yang tidak ajar berniaga ketika dibangku sekolah atau universiti akan mempunyai banyak halangan untuk memulakan langkah pertama berniaga. Mengikut satu kajian, kebanyakan graduan yang memulakan bisnes adalah orang yang sudah ada kemahiran berniaga sewaktu di zaman persekolahan.
Mahasiswa yang takut dan tidak ingin menceburi bisnes sewaktu di universiti juga terpaksa menghadapi risiko lebih tinggi apabila tidak berjaya mendapat kerja selepas tamat belajar. Bagi graduan yang ada pengalaman berniaga tidak ad masalah untuk hidup berdikari walaupun tidak berjaya mendapat kerja. Pelajar yang ada pengalaman berniaga mempunyai 1 ekstra peluang. Iaitu talian hayat yang kedua. Jika usaha untuk mendapat kerja tidak berjaya, mereka boleh menceburi bidang perniagaan tanpa perlu menganggur.
Apakah jenis bisnes yang boleh diceburi oleh pelajar sekolah rendah ?
-
Jualan garaj – Menjual barangan terpakai seperti buku-buku terpakai. Ini dapat membantu ibubapa bagi mendapatkan buku bacaan untuk anak-anak mereka dengan harga tidak sampai 50 % harga asal buku tersebut.
Apakah jenis bisnes untuk pelajar sekolah menengah ?
-
Menjual nasi lemak sewaktu hujung minggu -Tahniah kepada seorang pelajar yang tanpa segan menjual nasi lemak biasa berdekatan dengan pintu Masjid Al- Hidayah, Seksyen 18, Shah Alam.
Apakah jenis bisnes untuk pelajar universiti ?
-
Tahniah kepada saudara Firdaus Arif yang berjinak dengan bisnes menjual buku pada waktu sebelum dan selepas sembahyang Jumaat di Masjid Wangsa Melati.
-
Menjual kad prepaid untuk para pelajar
-
Menjual nasi lemak “Nasi lemak…karipap…nasi goreng cina….teringat sewaktu di kampus bersama dengan sahabat karib Ebnu Farid”
Pastikan bisnes dilakukan di waktu lapang dan tidak menganggu dengan waktu kelas dan pengajian. Pilih jenis bisnes yang sesuai.
Pengalaman memulakan bisnes dapat digunakan bagi mencipta peluang. Ramai orang suka merebut peluang. Jika bukan anda yang mencipta peluang bagaimana orang lain hendak mendapat peluang?
Shamsuddin Kadir
info@shamsuddinkadir.com
Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008
6 comments on “Didik Anak Memulakan Bisnes”