Tanda-Tanda Banyak Berhutang

Kita dapat mengenalpasti setiap penyakit melalui tanda-tandanya. Kita dapat lihat simpton yang biasa terjadi kepada setiap penyakit yang mengalaminya. Contohnya, individu yang mula dijangkiti dengan penyakit ‘Kencing Manis’ atau diabities akan kerap bangun malam untuk ke tandas.

Individu yang menangung bebanan hutang yang banyak ataupun kritikal juga ada tanda-tandanya. Tanda-tanda ini dapat memberikan kita amaran bahawa kita sudah memasuki zon hidup yang tidak selamat.

 Antara tanda-tanda yang berlaku pada kita adalah seperti dibawah :

1.  Tiada duit simpanan

2. Tidak tahu berapa jumlah hutang kita

3. Kais bulan makan bulan  – atau yang lebih teruk. Iaitu kais sebulan makan 1 minggu sahaja

4. Penyata kad kredit kita menunjukkan ada baki.  Kad kredit yang menunjukkan baki, sudah menunjukkan kita tidak ada duit yang cukup untuk membayar semua belanja yang kita buat. Di sini ianya menunjukkan kita telah berbelanja melebihi daripada apa yang kita ada duit. Bahaya yang sangat kritikal menanti di hadapan jika kita tidak menghentikan pengunaan kad kredit, jika tanda ini ada.

5. Seminggu selepas mendapat gaji, menanti bila hendak dapat gaji bulan depan.

6. Perasaan tidak tenang, selalu rasa tertekan.  Perasaan gelisah sepanjang masa, terutama ketika di pejabat. Tiada mood untuk fokus kepada pekerjaan.

7. Semuanya menjadi tidak kena, rakan sekerja, bos, pekerja bawahan. 

8. Rasa seperti berada di dalam penjara. Tidak dapat hidup bebas kerana banyak perkara yang ingin dimiliki ataupun dibeli tidak dapat.

9. Bercakap dengan Ikan. Iaitu mendapatkan Ikan untuk berdoa kepada Tuhan supaya memurahkan duit, supaya dapat membayar hutang.

10. Ada bil yang sudah tertunggak walaupun untuk sehari. Ada ansuran yang tertunggak.

11. Duit poket bulanan kepada ibubapa sudah tertunggak ataupun tidak mampu diberikan.

Di atas adalah sebahagian daripada tanda-tanda yang berlaku apabila kita ada menangung bebanan hutang yang tidak baik.

Kaedah-kaedah untuk membebaskan diri kita daripada hutang yang tidak baik itu akan dikongsikan bersama di artikel yang seterusnya. Jangan biarkan hutang itu menjadi  parah, seperti penyakit kencing manis yang masuk ke tahap kritikal.

Shamsuddin Kadir 
info@shamsuddinkadir.com Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008

4 comments on “Tanda-Tanda Banyak Berhutang”

  1. Mariam Reply

    Membaca artikel ringkas pada hari ini, tidaklah malu untuk saya mengaku bahawa sayalah antara mereka yang mempunyai masalah seperti di atas.

    Saya berharap En Sham dapat membantu dengan idea idea yg bernas. Bukan tidak pernah saya menghadiri taklimat dengan CFP terkemuka. Namun tuan sendiri maklum tidak mudah orang seperti saya melakukan apa yg disarankan.

    Hendak membayar khidmat CFP pun saya tidak termampu.

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Puan langit mana yang tidak pernah menurunkan hujan. Inikan Malaysia yang beriklim khatulistiwa, selalu menerima hujan.

    Orang tua berpesan “Sediakan payung sebelum hujan” itu berdasarkan dugaan hidup yang dialami oleh mereka sebelum kita. Bagus jika kita dapat berlajar daripada kesilapan dan pengalaman mereka.

    Insyaa-Allah saya akan mengkongsikan bagaimana kita dapat menampal payung kita yang berlubang itu, supaya apabila hujan kita sudah tidak basah.

  3. Abu Afham Reply

    Saya yang masih menuntut ini pun agak bimbang, takut-takut apabila sudah bekerjaya nanti, saya gagal untuk aplikasi segala teori dan pesanan Tuan.

    Pesan seorang senior saya yang telah bekerjaya, kadang-kadang hidup kita dipenuhi dengan keinginan dan kehendak yang ‘melampaui’ kemampuan kita. Moga Tuhan memberi petunjuk dan membimbing kita semua.

  4. admin Reply

    Tuan Afham,

    Amalkan sifat menguruskan wang poket mulai sekarang. Beli hanya barangan yang kita perlukan bukanya sebaliknya. Jadikan ia sebagai tabiat mulai sekarang, supaya apabila sudah berkerja, sudah ada keluarga sendiri Tuan dapat mengatasi masalah yang ‘melampaui’ itu.

    Mengikut kajian yang saya buat, seseorang yang tidak ‘celik kewangan’ ketika di bangku sekolah atau universiti mudah berbelanja di luar batasan apabila mendapat wang gaji.

    Celik kewangan ibarat seorang insan yang beriman yang cuba dirasuahkan dengan duit, ianya tidak dapat menguasai diri kita.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *