Hakim Mahkamah Membaca Buku HTWB

Bagi kaki buku, pesta buku adalah menjadi satu kemestian untuk dihadiri. Pesta Buku Antarabangsa 2008 bakal diadakan pada awal April ini. Bahangnya sudah terasa. 

 Saya masih tidak dapat melupakan peristiwa yang berlaku ketika di Pesta Buku Antarabangsa 2007 yang lalu.

Pada suatu pagi apabila tiba di booth PTS yang terletak di aras 1 Putra World Trade Centre (PWTC), semua wargakerja PTS mempamerkan senyuman yang teramat memikat. Saya tidak tahu kenapa, saya meneka mereka baru mendapat berita baik seperti bonus. Setiap kakitangan PTS yang saya tegur, mereka memberitahu “Puan Ainon ada berita baik untuk awak”. Ada juga yang memberitahu “Dah jumpa dengan Puan Ainon?” dan ada yang berkata “Itu Puan Ainon sedang menanti En. Shamsuddin” dan entah banyak lagi kata-kata yang dilontarkan oleh ahli keluarga PTS itu.

Saya semakin berdebar, dalam fikiran saya “Mungkin buku saya habis dijual” itu sahaja berita yang boleh mengembirakan saya. Sangkaan saya itu jauh meleset.

Hanya sebuah buku saya terjual! Ya sebuah buku, tetapi bukan di Pesta Buku tetapi  jauh di sebuah daerah di Pahang. Ketika berjalan menuju ke arah Sifuku yang sedang duduk di booth Pts yang paling hujung, iaitu di bahagian PTS One, saya nampak beliau sedang bercakap dengan seorang kakitangannya.

Apabila saya menyapanya dengan “Assalamualaikum Puan!” beliau terus mempamerkan senyuman yang paling maksimun. Jika mengikut konsep Tuan Osman Affan, adalah senyuman nombor ketiga.

Di pendekkan cerita “Beliau memberitahu ketika beliau menjadi saksi kepada seorang wanita Inggeris yang ingin bernikah dengan seorang lelaki Melayu, Tuan Hakim bertanya kepadanya.

Tuan Hakim : “Puan bekerja sebagai apa?

Puan Ainon : Penerbit!

Tuan Hakim : Penerbit Buku ke?

Puan Ainon : Ya Penerbit Buku PTS

Tuan Hakim : Penerbit buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang ke?

Puan Ainon : Ya (Sambil mengangguk kepala)

Puan Ainon amat gembira begitu juga dengan saya. Puan Ainon menambah “Tuan hakim juga membaca buku itu”. Puan Ainon sebenarnya ingin bertanya lebih lanjut kepada Tuan Hakim tentang buku itu, tetapi kerana ketika itu  mahkamah sedang berlangsung beliau melupakan hasratnya itu.

Berita ini ternyata amat mengembirakan saya sepanjang berada di Pesta Buku 2007. Selang berberapa hari selepas itu, Tuan Roslan, Editor PTS menghantarkan kepada saya satu analisis tentang jumlah jualan buku-buku PTS sepanjang pesta buku itu.

Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang menduduki carta kedua dan Buku Makan Gaji Tetapi Kaya menduduki carta ketiga paling banyak terjual daripada senarai buku keluaran PTS Professional. Alhamdulilah, syukur. Berkat usaha semua wargakerja PTS dan juga Tuan Nazrul, Tuan Roslan dan Puan Ainon yang turun padang mempromosikan buku saya dengan mengunakan pembesar suara. Terima kasih juga kepada pembaca yang menyokong saya. Terima kasih.

 

Shamsuddin Kadir 
info@shamsuddinkadir.com
Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008

8 comments on “Hakim Mahkamah Membaca Buku HTWB”

  1. Abu Afham Reply

    Wah, hebat Tuan Shamsuddin.

    Memang tidak boleh disangkal, buku tuan begitu bermanfaat buat semua golongan. Baik golongan profesional mahupun pelajar macam saya.

    Kredit untuk tuan!

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Semoga Allah mengurniakan limpahan rahmat dari 99 rahmat yang Allah sediakan untuk manusia kepada Puan Sifuku, Puan Ainon Mohd. Ya Allah perkenankan doaku ini (Amin).

    Insyaa-Allah saya akan membincangkan dengan Tuan Roslan nanti berkenaan buku dalam siri yang dicadangkan oleh Puan itu.

    Terima kasih di atas kesudian Puan mendidik kami.

  3. Shamsuddin Kadir Reply

    Tuan Afham,

    Alhmandulilah, Yang hebat itu adalah anugerah Allah kepada saya melalui buku itu,tanpa Allah siapalah saya.

    Saya doakan Allah juga melimpahi Tuan dengan pelbagai anugerah sepanjang masa, Amin.

    Terima kasih di atas sokongan Tuan Afham. Saya juga berbangga dapat berkenalan dan berguru dengan Tuan. Saya kagum kehebatan Tuan memiliki basikal BMX dengan petai.

  4. Mariam Reply

    Saya amat teruja dengan segala maklumbalas dari pembaca HTWB..namun sehingga kini saya masih belum menemui buku tersebut..rasanya sudah banyak juga kedai buku yang saya masuk..tapi masih belum bertemu..belum rezeki saya untuk membaca..akan saya usahakan insyaallah

  5. Azemi Reply

    Puan Mariam,

    Saya syorkan puan dapatkan buku ini di kedai buku berhampiran dengan SEGERA.
    Saya sangat bertuah kerana mendapat buku ini dan juga di autograf khas oleh penulis.

    Sekarang saya menunggu buku ke 3 dari penulis dan PTS. Harap ia cepat diterbitkan.

    Terima kasih.

  6. Shamsuddin Kadir Reply

    Puan Mariam,

    Sebenarnya buku itu telah diulang cetak kali kedua pada bulan November 2007. Saya juga menerima komen yang sama dari Puan Salmi yang tidak dapat mencarinya dikedai buku, kebanyakan kedai buku sudah kehabisan stok ia juga berlaku di sebahagian kedai buku MPH.

    Jika Puan ingin mendapatkan secepat mungkin, Puan boleh menempahnya melalui saya. Saya boleh menghantarnya melalui pos laju. Jika Puan berminat sila emailkan kepada saya di info@shamsuddinkadir.com

  7. Shamsuddin Kadir Reply

    Tuan Azemi,

    Terima kasih di atas sokongan Tuan sepanjang masa. Saya doakan agar Allah memudahkan dan melimpahkan kebaikan yang datang mendadak dan melindungi Tuan dari segala kejahatan yang ada di dalam dunia ini. Amin.

    Insyaa-Allah buku yang ketiga akan keluar pada hujung bulan Feb ataupun awal Mac 2008.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *