Semakin ramai individu memohon bagi mendapatkan kemudahan kad kredit. Kad itu diperlukan bagi pelbagai tujuan, antaranya untuk tidak membawa banyak duit di dalam dompet dan juga dapat menjadi penyelamat ketika kecemasan.
Kebanyakan pengunaan kad kredit oleh sebahagian pemilik kad itu bukannya untuk tujuan di atas tetapi bagi memuaskan nafsu sendiri. Ada yang tidak menyedarinya, mereka beranggapan mereka terpaksa guna kad kredit bagi menangung kos sara hidup yang semakin tinggi. Bagi mereka ini semua berpunca daripada kenaikan harga barangan.
Kad kredit umpama Api, semasa kecil ianya menjadi kawan, apabila hutang itu menjadi besar ianya menjadi lawan. Di mana ianya memusnahkan kehidupan kita. Ada yang masih menangung hutang kad kredit walaupun sudah bersara.
Kad kredit memberikan kita mimpi di siang hari, bahawa kita ada duit lebih banyak daripada duit yang kita sebenarnya ada. Ini adalah amat bahaya. Kad kredit mengubah cara otak kita berfikir dan bertindak.
Kad kredit dapat mengelakkan kita daripada membawa duit yang banyak pada setiap masa. Ianya juga dapat digunakan ketika kecemasan, seperti kereta rosak ketika perjalanan ke outstation. Segala belanja yang dibuat melalui kad kredit perlu dibayar sebelum ataupun pada tarikh yang ditetapkan.
Tetapi, jika setiap bulan kita hanya bayar, bayaran minimun, ataupun tidak mampu menjelaskan semua jumlah baki hutang, lebih baik kita potong dua kad kredit itu. Sebelum ianya menjadi musuh sepanjang hidup kita, merompak sebahagian daripada duit gaji kita setiap bulan.
Jika kita tidak mampu mendisiplinkan diri kita, iaitu mengawal ‘nafsu’ cari alternatif seperti kad debit yang menjadikan kita seorang yang berdisiplin.
Kepada individu yang belum memiliki kad kredit, jadikan kad debit sebagai alternatif bagi menjalani hidup yang semakin mencabar.
Kepada individu yang sudah memiliki kad kredit dan ada baki hutang kad kredit yang belum dan tidak mampu dijelaskan kesemuanya. Mulakan langkah membebaskan diri dengan memotong kad kredit itu kepada dua bahagian. Ikuti teknik membebas diri daripada hutang itu melalui panduan dalam buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’.
Hutang kad kredit itu umpama sebuah ketumbuhan ‘tumor’ di dalam otak manusia, apabila ianya menjadi semakin besar, otak sudah tidak mampu menangung bebanan kesakitan yang teramat sangat. Hidup menjadi gelap. Proses untuk memulihkannya masih ada, tetapi banyak dugaan dan halangan yang perlu dilalui untuk kembali normal.
Kenali Perangkap Kewangan sebelum terjebak dengan menjadikan diri dan ahli keluarga ‘Celik Kewangan’.
Shamsuddin Kadir
info@shamsuddinkadir.com
Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008
7 comments on “Di Sebalik Kemudahan Kad Kredit”