Tazkirah Jumaat – Membaca buku manual manusia

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Membaca buku manual manusia

Sejak kita diciptakan bila kali terakhir kita membaca buku manual kita? Soalan ini mungkin kurang difahami.  Apabila kita membeli telefon bimbit model ataupun jenama baru, sudah pasti banyak kegunaannya yang kita belum mengetahuinya. Buku manual handphone itu adalah rujukan terbaik bagi mengetahui keupayaan dan had sebenar handphone tersebut.

Begitu juga dengan manusia yang berasal daripada tiada. Manusia itu diciptakan dan disediakan buku-buku manualnya. Taurat, Zabur, Injil dan Quran. Kita itu dikeluarkan untuk diamalkan dan diikuti oleh manusia yang hidup pada zaman itu. Buku manual untuk manusia yang hidup mulai ketika Muhammad bin Abdullah menjadi Rasul adalah Al-Quran. Ini adalah satu-satunya buku manual yang lengkap dari sejarah manusia pertama diciptakan dan segala kegunaan, kelebihan yang ada pada manusia ada di dalamnya. Buku manual ini adalah panduan bagi setiap manusia.

Sehingga ke hari ini kita dapati, ramai manusia sama ada yang bertuhankan Allah atau sebaliknya membaca Al-Quran. Secara sekilas pandang tiada bezanya nahu yang dibaca oleh orang arab yang bukan beragama Islam dengan yang beragama Islam. Kedua-dua manusia ini memahami apa yang terdapat didalam Al-Quran iaitu buku manual manusia.  Yang berbeza satu pihak tidak ingin mempercayainya dan satu pihak lagi dengan yakin 100% mempercayainya.

Insyaa-Allah semua orang Islam di negara kita mempercayai bahawa Al-Quran itu adalah satu-satunya buku manual yang disediakan oleh Kuasa yang telah mencipta manusia. Tetapi adakah kita membaca maksud setiap ayat yang terdapat di dalam Al-Quran itu ? Apa yang berlaku apabila kita terus membaca Al-Quran tanpa berusaha mendapatkan naskah Al-Quran yang telah diterjemahkan di dalam bahawa Melayu?

  • Kita akan terus tidak tahu tentang kegunaan kita yang sebenarnya.

  • Kita tidak tahu untuk apa Tuhan menciptakan kita.

  • Kita tidak tahu ke mana hala tuju kita selepas ini secara jelas.

  • Kita tidak tahu  keperluan untuk kita memahami ‘iman’ ?

  • Kita tidak tahu tindakan bagaimana yang menghancurkan manusia itu?

  • Kita tidak tahu akan bahaya yang sedang menunggu kita?

  • Kita tidak tahu apa fungsi manusia?

  • Kita tidak tahu… kita tidak tahu… (semua persoalan kita yang terus kita tidak mampu mencari jawapan)

Tuan dan Puan yang dihormati sekelian,

Mari kita mulakan langkah baru dan secara kebetulan kita berada dibulan Muharam bulan Hijrah. Dapatkan senaskah buku manual manusia yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Yayasan Restu yang terletak disebelah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Mulakan baca dari sural Al-Baqarah sehingga ke surah yang ke 114 itu. Di sini juga kita dapat tahu apa yang paling Tuhan yang menjadikan manusia itu paling suka dan paling marah dan sebagainya. 

Sekian, Wasalam.

info@shamsuddinkadir.com

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *