Jiwa tertekan akibat hutang

Benar kata Nabi Muhammad (s.aw) bahawa hutang itu menghilangkan ketenangan.

Kerana hutang  kita dihimpit dengan pelbagai perasaan. Minda menjadi semakin tertekan, perasaan kita menjadi semakin gelisah. Memikirkan bebanan hutang yang tidak mampu kita bayar secara terdekat. Fikiran menjadi tidak menentu,  pandangan kabur, kerja di pejabat ‘tergendala’.  – Pandangan beberapa orang yang menghantar email kepada saya.

Hutang bayaran ansuran tidak merisaukan kita apabila ianya dapat ditunaikan apabila setiap kali mendapat wang gaji.

  • Bagaimana dengan ansuran pinjaman yang sudah tertunggak beberapa bulan?

  • Bagaimana dengan bil-bil elektrik, air, telefon untuk beberapa bulan sudah tidak berbayar?

  • Bagaimana dengan panggilan telefon dari bank?

  • Bagaimana dengan surat-surat peringatan daripada bank?

  • Bagaimana dengan surat saman?

  • Bagaimana dengan hutang KAD KREDIT?

Semua itu memerlukan duit untuk menjelaskan. Hutang darah dibayar dengan darah, inikan hutang duit sudah pasti dibayar dengan duit, itu kata bank. Tidak bayar aku saman” Aduh…seksanya hidup dalam hutang.

Jika dahulu hidup tidak sampai ke tahap ini, saya menjadi semakin daif apabila minyak petrol naik RM0.30. Ini adalah luahan sebahagian yang berhadapan dengan bebanan hutang yang telah tertunggak.

Sebaiknya, tenangkan fikiran kita, jika boleh cuba ingat masalah yang besar yang pernah melanda hidup kita yang kita pernah rasakan ianya akan menghancurkan kita. Cuba lihat sekarang, kita masih selamat, masalah itu sudah berakhir. Begitu juga dengan hutang, tenangkan fikiran dan pada masa yang sama cari ikhtiar.

  • Ubah gaya hidup kita. Contohnya . Berhenti minum air selain ais kosong ataupun air suam di luar. 

  • Beli barangan dapur mengunakan tunai bukannya kad kredit – jika kita ada tabiat kurang elok mengunakan kad kredit. Di mana bukan kita yang kawal kad kredit, kad kredit itu yang kawal kita.

  • Hentikan membeli barangan / servis yang diluar kemampuan kita. Contohnya. suratkhabar, majalah, saluran tv berbayar jika perlu.

  • Kurangkan ‘window shopping’ cari aktiviti riadah seperti membawa keluarga ke padang.

  • Downgrade barangan keperluan daripada yang berjenama A kepada jenama C dengan syarat ianya  halal, berkualiti dan harga yang lebih rendah.

  • Downgrade pakaian seluruh ahli keluarga kepada yang lebih rendah.

  • Bentangkan belanjawan baru di meja makan, wajibkan seluruh ahli keluarga yang sudah boleh ‘berfikir’ (4 tahun ke atas) untuk turut sama menyediakan dan mengamalkan apa yang telah dipersetujui bersama.

Itu adalah sebahagian apa yang kita boleh lakukan. Bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya dapatkan buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ di dalamnya juga ada menyediakan panduan membayar hutang melalui sampul surat.

Jika kita tidak menjadi TUAN kepada duit, kita terpaksa menjadi HAMBA kepada HUTANG.

Sebarang pertanyaan, pandangan sila emelkan ke info@shamsuddinkadir.com

3 comments on “Jiwa tertekan akibat hutang”

  1. Imran Reply

    Assalamualaikum Ya Sheikh..

    Saya panjat kesyukuran yg teramatnya kepada Allah S.W.T,sekian lama ana tunggu ruangan seperti ini. Ana ni jarang dengar radio jadi internet ni lah choice ana.Thank U banyak2lah Saudara Shamsuddin sudi berkongsi idea utk kes2 hutang ni. Ana ni orang meniaga, berhutang dengan bekas partner, supplier, saudara mara nak masuk 8 tahun dah but hutang2 lembap betul ana nak selesaikan, bukan ana tak nak selesai tapi banyak halangan, sampai ana sendiri tak cukup makan. Terima Kasih banyak2 lah Tuan pasal adanya blog ni.

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam Tuan Imran,

    Semoga Allah mengurniakan kepada Tuan limpahan rezeki yang tidak putus-putus dan memudahkan segala urusan hidup Tuan sekeluarga, Ya Allah perkenankan doaku ini (Amin).

    Segala apa yang berlaku pada kita ada hikmahnya. Gunakan peluang dan ruang yang ada untuk terus berusaha dan mencari peluang bisnes yang baru (hijrah). Apabila Nabi Muhammad (s.a.w) hanya dapat mengislamkan lebih kurang 40 orang, Nabi berhijrah ke Madihah di sana Nabi dapat mendekatkan ribuan manusia kepada Allah.

    Dalam kontek kehidupan kita, mungkin kita perlu berhijrah dari segi bisnes yang kita buat, sikap kita dan sebagainya.

  3. lalina311 Reply

    hutang dia dah berlapuk..bila mintak ckp tak da duit nak makan..rumah da nak kena lelong..tak da duitla nak beli petrol..mcm mcm la..tapi tup tup..beli set sofa + tv plasma 42″ kat courts mammoth..dekat RM10K ++ ..Apa punya manusia ni..Sakit jiwa di buatnya..

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *