Inflasi…kos sara hidup naik!

Inflasi, harga barangan naik, nilai duit jatuh adalah ganti nama yang digunakan bagi memberitahu bahawa kos sara hidup bertambah tinggi.

Ada yang tidak berpuasa hati, ada yang tidak faham, ada yang rasa ada yang tidak kena, ada yang merasa tidak logik dan ada yang tidak bersetuju dengan kenaikan. Kebanyakan daripada perasaan ini berpunca sifat yang tidak ingin tahu tentang inflasi.

Dalam bahasa mudah, setiap RM1 yang anda miliki mampu mendapatkan lebih banyak barangan pada 10 tahun yang lalu berbanding pada hari ini.

Nilai yang tertera adalah tetap RM1, cuma kuasa beli bagi RM1 itu semakin berkurangan. Perkataan Inflasi digunakan bagi menyatakan harga barangan secara puratanya naik atau meningkat.

 Sebagai contoh yang paling mudah, adalah beras dan duit. Ditetapkan di pasaran harga bagi sekilo beras adalah RM 3.00. Tiba-tiba berlakunya banjir yang merosakkan sebahagian besar tanaman padi yang sudah masak (boleh dituai). Ini secara serta merta mengurangkan bekalan padi. Permintaan untuk padi tetap tidak berubah tetapi jumlah beras  yang dihasilkan tidak mencukupi memenuhi permintaan. Ini menyebabkan harga beras melonjak naik, katakan kepada RM3.50 sekali. Di sini anda dapat lihat dengan wang RM3.00 anda tidak dapat lagi membeli beras untuk sekilo. Nilai wang RM3.00 sudah berkurang nilainya. Ini membuatkan anda perlu mendapatkan tambahan wang sebanyak RM0.50 bagi setiap kilo yang anda inginkan.

Itu inflasi yang disebabkan oleh banjir.  Kebanyakan inflasi berlaku disebabkan kekurangan barangan itu dipasaran sama ada disebabkan sumber yang semakin berkurangan ataupun permintaan melebihi jumlah yang dapat dihasilkan. Contoh yang paling mudah adalah Petrol dan Diesel.

Dunia ini dijadikan oleh Tuhan dengan sumber yang terhad. Bekalan minyak petroleum yang semakin berkurangan, bijih timah, aluminium, tembaga semuanya semakin berkurangan. Manusia tidak ada kuasa mengantikan semula jumlah minyak yang disedut dari telaga minyak, manusia hanya mampu menyedut keluar. Semakin lama bekalan menjadi semakin berkurangan.

Salah satu tindakan terbaru yang dilakukan oleh kerajaan pada akhir ini adalah menghadkan pengunaan tanah bagi membuka ladang kelapa sawit baru. Secara tiba-tiba timbul ramai usahawan baru yang ingin menanam kelapa sawit apabila harganya melabung tinggi.  Langkah menghadkan pembukaan ladang kelapa sawit terpaksa dilakukan kerana tanah untuk pertanian lain akan berkurangan. Kekurangan tanah untuk penanaman sayur dan buah-buah meningkatkan lagi inflasi.

Inflasi tidak dapat dielakkan sama sekali, tetapi ianya dapat dikawal bagi memastikan ianya tidak membebankan pengguna. Yang paling memainkan peranan dalam memastikan inflasi di tahap yang minimun adalah kita.

Individu yang tidak mengambil kira inflasi dalam merancang kewangan keluarga mendapat impak yang terbesar. Antaranya adalah :

  • Semua duit gaji/keuntungan syarikat digunakan bagi menangung kos keperluan hidup bulanan

  • Jumlah wang simpanan berkurangan

  • Jumlah hutang meningkat

  • Tekanan stres bertambah

Inflasi akan terus wujud sehingga ke kiamat. Satu-satunya tempat di mana inflasi ini tidak wujud adalah Syurga. Kerana tiada sumber yang ada di dalam Syurga yang akan habis. Inilah nikmat yang Allah berikan kepada manusia yang beriman kepadaNya.

Mulakan langkah bagi mengurus wang poket dengan berhemat. Kos akan naik lagi sebaik sahaja kadar baru Petrol diumumkan.

info@shamsuddinkadir.com

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *