Hari ini dan 20 tahun akan datang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Apa yang ada pada hari ini mungkin tiada lagi pada 20 tahun akan datang. Salah satu daripada yang mungkin sudah tiada adalah diri kita sendiri. Sudahkah kita bersedia menghadapi saat kematian ? Itu satu persoalan yang perlu kita fikirkan sekarang. Jika diizinkan oleh Tuhan kita akan membincangkannya di  dalam segmen Tazkirah Jumaat.

Pada hari ini, kita ingin membincangkan tetang kos yang kita perlu tanggung. Adakah ianya kekal tidak berubah, berkurangan ataupun bertambah dengan peredaran masa ?

Kos pada hari ini lebih mahal daripada 20 tahun yang lalu tetapi lebih murah daripada 20 tahun akan datang.

Sebagai contohnya mengikut satu kajian yang dibuat di dalam negara, kos bagi sarapan pagi, tengahari dan malam untuk sehari adalah RM20 pada tahun 2007 dan ianya menjadi RM 64 pada tahun 2027. Secara puratanya kenaikan kos adalah RM 1.70 setahun [RM64 – RM20] / 20 Tahun. Ini bermakna anda memerlukan RM1,920 [RM64 X 30] untuk makan diluar selama sebulan ketika berada di tahun 2027.

Bayangkan itu hanya untuk kos sarapan di kedai. Bagaimana dengan kos lain seperti minyak petrol ? Berapa yang anda jangka kos bagi satu liter minyak petrol 20 tahun dari sekarang? Ketika ini petrol dijual dengan RM1.92 bagi setiap liter. Minyak naik sebanyak RM.30 pada awal tahun 2007. Semuanya mengetahui minyak bagi setiap tong mencecah USD 100 pada hari ini, masing-masing sedang menunggu bila ianya akan naik lagi. Mengikut apa yang digembar gemburkan, minyak petrol dijangka naik antara RM0.30 hingga RM0.40 bagi setiap liter.

Apabila minyak yang menjadi sumber utama bagi pengangkutan di Malaysia, sudah pasti hampir semua barangan mendapat impaknya. Bagi individu yang hidup dengan makan gaji akan menerima kesan secara langsung daripada kenaikan bahan mentah iaitu minyak ini.

Kos sudah pasti  naik cuma yang tidak pasti adalah berapa jumlah yang naik dan adakah anda mampu dan bersedia menghadapi kenaikan barangan. Kos barangan naik sejak dari hari pertama lagi manusia mengunakan matawang. Kenaikan ini berterusan sehingga ke hari Kiamat. Satu-satunya tempat yang tidak mengalami inflasi adalah Syurga. (Saya akan bincangkan hubungan inflasi dengan kenaikan harga di artikel akan datang).

Yang perlu kita bersedia adalah menghadapi risiko apabila kita tidak bersedia menangung bebanan sara hidup yang semakin bertambah.

Banyak individu, keluarga dan pelajar terutama di universiti mengalami tekanan apabila tidak bersedia dengan kos yang akan terus naik dan naik. Impaknya sangat kuat dalam kehidupan harian kita. Antara impak yang paling dirasai ialah jumlah hutang peribadi semakin bertambah, tidak upaya membayar balik hutang, fikiran selalu terganggu, bercelaru dan cepat marah. 

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *