Bicara Pengurusan Hutang di Radio

Pagi ini sempat saya mendengar siaran ulangan tentang pengurusan hutang yang saya dengar sebahagiannya pada hari ahad yang lalu. Program itu dihoskan oleh Dato’ Zuraidah Atan. Tetamu jemputan adalah dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau lebih dikenali sebagai AKPK.

Informasi terkini yang diperolehi melalui perbincangan itu adalah :

  • Jumlah pemegang kad kredit adalah 9,500,000 orang. (9.5 Juta)

  • Secara purata setiap orang yang memiliki kad ada 3.1 kad.

Ini bererti jumlah kad kredit yang terdapat di pasaran adalah 29,450,000 (29.45 Juta)

Bayangkan jika setiap kad mempunyai had belanja RM4,000 (andaian yang paling rendah). Maka jumlah yang boleh dibelanjakan adalah Opss…kalkulator saya menunjukan  [E        11.78]. Bagaimana dengan mengunakan Excel? RM 117,800,000 (RM117.8 Juta). Itu adalah andaian kasar jika maksimun had berbelanja untuk setiap kad kredit adalah RM4,000.

Cuba anda lihat berapa banyak kad kredit yang anda miliki?

  • Adakah ianya 3 ataupun lebih?

  • Berapakah nilai had berbelanja (credit limit) untuk setiap kad?

Jika mengikut buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, maksimun kad yang boleh dimiliki adalah tidak lebih daripada 1. Kecuali jika anda ada alasan munasabah, boleh mengekalkan hanya 2 sahaja. Syarat utama bagi mengekalkan pemilikan kad kredit adalah dengan memastikan semua transaksi yang dibuat dijelaskan pada setiap kali mendapat penyata.

Saya juga bersetuju dengan pandangan Dato’ Zuraidah berkenaan dengan isu kad kredit.

4 comments on “Bicara Pengurusan Hutang di Radio”

  1. Mariam Reply

    alhamdullillah…

    Akhirnya saya dapat juga website yg boleh saya rujuk..bagi menenangkan hati insan yg banyak hutang seperti saya…

    Semoga ia memberi manfaat kepada saya.

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Terima Kasih Puan Mariam.

    Saya mendoakan agar tuhan memberikan kemudahan kepada kita semua bagi menghadapi bebanan hutang.

    Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepadaMu daripada bebanan hutang dan tekanan orang lain terhadap kami. Ya Allah perkenankan doa kami ini.

  3. sab2 Reply

    Mengenali Tuan (semasa di kelas Sifu PTS) dan membaca buku HTWB itu saling benar membenarkan!…

    Walau di peringkat mana pun umur seseorang itu, tip-tip yang diberikan pasti mudah diamalkan; JIKA ADA KEMAHUAN! InsyaAllah.

  4. Shamsuddin Kadir Reply

    Tuan Sabtu, terima kasih di atas pandangan Tuan, semoga Allah senantiasa memuliakan Tuan setiap masa.

    Betul Tuan Sabtu, yang mampu membuat kita melakukan sesuatu adalah KEMAHUAN. Tanpanya semuanya kekal seperti biasa.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *