Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan satu lagi kes kecurian yang semakin meningkat di seluruh negara. Peragut di sana sini, saya ternampak sebuah banner yang bertulis”Awas peragut sedang memerhatikan anda” sewaktu saya sampai di deretan kedai yang terletak di Seksyen2, Shah Alam.
Jika anda menjadi mangsanya, sudah pasti semua yang ada didalam beg anda itu lenyap termasuk duit. Tujuan kebanyakan kes ragut adalah bagi mendapatkan duit haram secara mudah tetapi berisiko tinggi.
Apa yang hendak saya kongsikan adalah tetang wang anda yang berada selamat di dalam poket itu boleh terlepas ke tanggan orang lain secara sah. Anda dengan sukarelanya mengeluarkan duit itu dan memberikan kepada orang lain tanpa ada sebarang paksaan.
Kes seperti ini berlanjutan sejak daripada hari pertama manusia mula mengunakan matawang iaitu duit bagi mengantikan sistem ‘barter’ .
Ini di antara kes kehilangan duit yang tidak dilapurkan oleh pemilik kepada polis, kerana polis akan memarahi anda kembali jika terus berdegil untuk melapurkan.
Bagaimana kes ini berlaku dan kenapa polis tidak menerima laporan menjadi satu pertanyaan.
Apabila kita tidak melengkapkan diri kita dengan ilmu yang berkaitan dengan kewangan dan pengguna kita mudah dipengaruhi. Kita dengan senang diperdaya untuk membeli sesuatu yang kita tidak perlu. Ataupun sesuatu yang kita tidak mampu. Sebagai contohnya, apabila kita keluar ke pusat membeli belah dengan niat untuk ‘window shopping’ dan akhirnya kita pulang dengan sebuah handphone baru. Handphone sedia ada masih elok dan berfungsi dengan baik dan cukup dengan keperluan yang diperlukan.
Apa yang peliknya, kita merasakan ianya perlu ditukar ketika berada di pusat membeli belah dan merasa tidak memerlukannya ketika berada dirumah. Ini yang banyak berlaku dalam kehidupan harian kita. Banyak barang ataupun servis yang kita beli ataupun langani tetapi sebenarnya kita tidak memerlukannya. Ada pengguna yang dibebani dengan barangan yang tidak diperlukannya. Adajuga pengguna yang menangung hutang yang tidak perlu dengan membeli barangan diluar kemampuan untuk membayar balik.
Duit yang dibawa di dalam poket sentiasa berkurangan akibat daripada terpedaya dengan sesuatu yang anda tidak perlukan. Tanpa menjadikan diri anda sebagai pengguna bijak anda akan terus dipijak oleh penjual-penjual bagi barangan ataupun perkhidmatan yang anda tidak memerlukan.
Salah satu kelebihan menjadi individu yang celik pengguna, anda tidak membeli barangan yang anda tidak memerlukannya. Di mana anda hanya membeli barangan seperti yang tertera dalam senaraiyang anda telah buat. Ini membebaskan anda daripada diragut oleh diri sendiri.
Hujung minggu adalah hari di mana anda menjadi peragut kepada diri sendiri jika tidak berjaya menjadi pengguna bijak.
Mulakan langkah pertama mengawasi wang anda dengan belajar menguruskan wang gaji dengan betul.
Shamsuddin Abdul Kadir