Lakukan yang terbaik setiap saat

Semoga kisah di bawah ini memberi kita inspirasi tentang kepentingan melalukan yang terbaik pada setiap masa.

Seorang tukang rumah yang sudah tiba masa untuk bersara, memberi tahu kepada majikannya niatnya untuk meninggalkan dunia pertukangan rumah. Dia bercadang untuk menghabiskan sisa hidup dengan menikmati setiap saat hari bahagia itu bersama keluarga tercinta.

Sudah pasti dia akan rindukan duit gaji, tetapi dia perlu untuk bersara. Dia dapat meneruskan SISA hidup dengan wang simpanan walaupun tidak ada gaji lagi pada bulan akan datang.

Bosnya iaitu kontraktor merasa sedih apabila melihat seorang pekerjanya yang bagus akan meningalkannya. Lalu dia meminta jasa baik pekerjanya itu untuk membina sebuah rumah yang terakhir. Tukang rumah itu mengatakan ya, tetapi hatinya sudah tidak ada lagi ditempat kerja. Ini dapat dilihat sepanjang dia menyiapkan rumah itu dengan membuat kerja yang tidak kemas dan mengunakan bahan seperti kayu yang rendah kualitinya. Adalah amat malang baginya mengakhiri dunia kerjaya sebagai Tukang Rumah dengan meninggalkan kerja terakhir yang Tidak Berkualiti.

Apabila tukang rumah itu sudah menyiapkan sebuah rumah seperti yang disuruh, majikannya datang untuk melihat rumah tersebut. Lalu kontraktor itu menyerahkan kunci rumah tersebut kepada pekerjanya itu. “Ini rumah awak,” kata kontraktor itu, “Ini hadiah dari saya untuk awak.”

Sungguh memeranjatkan! Sungguh memalukan! Jika dia tahu rumah yang sedang dia bina itu bakal menjadi rumah dia, sudah tentu dia amat membinanya dengan sebaik mungkin. Dia akan membuat kerja dengan kemas dan memastikan semua bahan yang digunakan adalah yang berkualiti. Sekarang/Kini dia terpaksa tinggal di dalam rumah yang he had built none too well.

 

Hasil kerja yang kita buat, kita bawa bersama. Kita bina hidup kita dengan cara tidak fokus dan menimbulkan banyak masalah dikemudian hari. Kita hanya bertindak apabila disuruh ataupun dipaksa. Kita melakukan sesuatu jauh dibawah kemampuan kita dan tidak secara yang terbaik. Pada situasi penting yang memerlukan usaha, kita tidak memberikan usaha kita yang terbaik. Kita terkejut melihat kepada situasi yang telah kita timbulkan dan menyedari bahawa kita sedang hidup di dalam rumah yang kita sedang bina. Jika kita menyedari terlebih dahulu, sudah pasti kita akan menyiapkannya dengan cara yang terbaik dan mengunakan bahan yang terbaik.

Fikirkan diri anda sebagai Tukang Rumah itu. Fikir tentang rumah anda. Setiap hari anda memukul (memasukkan) satu paku, memasang satu tiang, ataupun satu dinding. Bina rumah anda itu dengan bijak. Inilah satu-satunya kehidupan yang anda akan bina sepanjang hidup. Walaupun anda hanya akan hidup untuk hanya satu hari lagi, satu hari itu perlu diisi dengan dengan penuh bererti dan
bersemangat. Satu tanda pada sebuah dinding rumah itu berkata, “Kehidupan adalah sebuah projek ‘Do It Yourself’ yang anda perlu lakukan sendiri.”

Siapa yang dapat menerangkan dengan lebih jelas? Kehidupan anda pada hari ini adalah hasil daripada sikap dan pilihan yang anda buat pada waktu yang lepas.

Oleh Pengarang yang tidak diketahui (Artikel asal di dalam bahasa Inggeris adalah Ihsan dari Mr. Yim Choong Chow- Terima Kasih)

Setiap yang kita lakukan semuanya ada kaitan dengan kita. Sama ada kita sedari ataupun tidak. Kita juga akan dipertanggungjawabkan di atas setiap yang kita lalukan. Oleh itu gunakan peluang yang masih ada pada kita iaitu ‘masa’ bagi memenuhinya dengan sesuatu yang berguna pada diri kita dan orang lain.

Persoalan : Adakah kita dapat menjadi seperti tukang rumah ketika kita mencapai umur persaraan. Iaitu ada duit yang mencukupi bagi melalui hidup selepas tiada lagi duit gaji yang besar itu mengalir ke dalam poket kita pada setiap hari.

 

Enjoy Reading

@ By Author Unknown
An elderly carpenter was ready to retire. He told his employer-contractor of his plans to leave the house building business and live a more leisurely life with his wife enjoying his extended family. He would miss the paycheck, but he needed to retire. They could get by.

The contractor was sorry to see his good worker go and asked if he could build just one more house as a personal favor. The carpenter said yes, but in time it was easy to see that his heart was not in his work. He resorted to shoddy workmanship and used inferior materials. It was an unfortunate way to end his career.

When the carpenter finished his work and the builder came to inspect the house, the contractor handed the front-door key to the carpenter. “This is your house,” he said, “my gift to you.”
What a shock! What a shame! If he had only known he was building his own house, he would have done it all so differently. Now he had to live in the home he had built none too well.

So it is with us. We build our lives in a distracted way, reacting rather than acting, willing to put up less than the best. At important points we do not give the job our best effort. Then with a shock we look at the situation we have created and find that we are now living in the house we have built. If we had realized, we would have done it differently.

Think of yourself as the carpenter. Think about your house. Each day you hammer a nail, place a board, or erect a wall. Build wisely. It is the only life you will ever build. Even if you live it for only one day more, that day deserves to be lived graciously and with dignity. The plaque on the wall says, “Life is a do-it-yourself project.”

Who could say it more clearly? Your life today is the result of your attitudes and choices in the past. Your life tomorrow will be the result of your attitudes and the choices you make today.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *