Bongkarkan Rahsia Bagaimana Seorang Junior Executive Menguasai Minda Usahawan Dengan Menambah Kuasa Kebebasan Diri!

“Peluang Anda Untuk Mendengar Dari Mulut Mereka Yang Telah Berjaya, Rahsia Menggunakan Minda Untuk Menjadi Usahawan Dan Membina Perniagaan”

Dari Meja: Shamsuddin Kadir (SK), C.A (M)

Bakal Usahawan Yang Dihormati,

Sejak awal tahun kita mendengar pelbagai isu pembuangan pekerja beramai-ramai kerana kegawatan ekonomi, kilang ditutup dan tiada lagi kerja lebih masa yang menjadi sumber tambahan pendapatan pada setiap bulan. Sebelum ini ramai yang menanti akhir tahun sebagai hari pembayaran bonus, namun pada tahun lepas bonus sudah tidak menjadi isu asalkan dapat bekerja dan dibayar gaji asas sudah mencukupi.

Disini saya kongsikan paparan carian di Google yang membuktikan isu pembuangan pekerja menjadi topik utama di surat khabar dan blog:


Suatu ketika dulu, mungkin Tuan dan Cik Puan selesa dengan pekerjaan sekarang tanpa perlu membuat kerja lebih masa ataupun mencari pendapatan alternatif. Namun, dalam keadaan ekonomi sekarang rata-rata ramai yang mula mengeluarkan simpanan untuk memulakan pelbagai jenis perniagaan untuk menambah pendapatan. Ramai yang mula menceburkan diri sebagai konsultant Insurans, Unit Trust ataupun sebagainya. Tidak dapat dinafikan rata-rata mereka yang serius dan berusaha telahpun meninggalkan pekerjaan tetap dan mula melibatkan diri dalam perniagaan sebegini sepenuh masa.

NAMUN, berapa ramai yang menjadikan perniagaan konvensional sebagai sumber pendapatan sepenuh masa? Hakikatnya mereka yang terlibat dengan perniagaan konsultansi atau sebagainya tidak mempunyai kuasa "kebebasan" untuk menguruskan perniagaan tersebut. Kebanyakkan individu bekerja sendiri ini terikat dengan terma-terma perniagaan institusi terbabit.

Pendedahan Kebebasan Perniagaan Yang Sebenar

Saban hari kita melihat sudah ramai rakan-rakan yang lain terlibat dengan perniagaan konvensional. Paling menyeronokkan individu ini memiliki kuasa "kebebasan" sepenuhnya terhadap perniagaan tersebut. Menjadi pemilik perniagaan hakikatnya jauh berbeza dengan bekerja sendiri. Gambarajah dibawah menunjukkan perbezaan 4 individual dalam ruang pekerjaan:

Matlamat utama saya ialah ingin menjadikan Tuan dan Cik Puan seorang usahawan atau pemilik perniagaan. Sebagai pemilik perniagaan Tuan dan Cik Puan bukan sahaja mempunyai kuasa "kebebasan" 100% malahan mempunyai potensi kewangan yang tidak terhad!

Tuan dan Cik Puan..Bila Mahu Bermula?

Jika Tuan dan Cik Puan langsung tidak berminat dengan bidang perniagaan, saya tidak memaksa Tuan dan Cik Puan untuk meneruskan pembacaan. Mungkin Tuan dan Cik Puan sudah selesa dengan keadaan ekonomi anda sekarang. Bagi mereka yang mempunyai minat dalam bidang perniagaan, bila Tuan dan Cik Puan mahu bermula?

Saya memiliki ramai rakan-rakan yang mempunyai prospek perniagaan yang hebat namun hakikatnya mereka tidak berganjak walau sedikitpun dari pekerjaan mereka sekarang. Pelbagai alasan diberikan, antaranya:

Tiada masa
Tiada modal
Pasaran sudah tepu
Keluarga tidak menyokong
Takut bisnes lingkup
Tiada panduan perniagaan yang lengkap

 

Pelbagai alasan diberikan sehinggalah ada yang telah berjaya dengan prospek perniagaan yang sama. Mereka mula mengeluh dan menuding jari mencari kesalahan orang lain diatas kegagalan diri sendiri.

Adakah Tuan dan Cik Puan Sebahagian Dari Mereka Yang Gagal Membina Perniagaan Sendiri?

Ramai yang takut untuk memulakan perniagaan kerana kurangnya minda keusahawanan dalam diri mereka. Ramai diantara mereka yang makan gaji sudah diterapkan dengan minda bekerja dengan orang. Saya sendiri pernah mengalaminya, jadi saya pasti anda mengalami kekeliruan dalam memilih jalan kehidupan Tuan dan Cik Puan terutama sekali di kalangan mahasiswa.

HAKIKATNYA.. Tuan dan Cik Puan boleh memiliki perniagaan meskipun anda menikmati gaji bulanan sama seperti orang lain. Tidak ada suatu hukum di dunia ini yang menyatakan Tuan dan Cik Puan perlu berhenti kerja hanya untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Ramai diantara usahawan Malaysia memulakan perniagaan mereka ketika masih makan gaji ataupun sejak di Universiti lagi.

Saya Ingin Bermula..Tetapi Bagaimana?

Tahniah!!! Tuan dan Cik Puan sudah selangkah ke hadapan jika Tuan dan Cik Puan ingin bermula sekarang. Mungkinkah Tuan dan Cik Puan masih bekerja, sudah dibuang kerja, mahasiswa ataupun graduan muda? Walau apa sahaja status pekerjaan Tuan dan Cik Puan sekarang, memulakan perniagaan adalah matlamat utama Tuan dan Cik Puan.

Sempena tahun 2010, saya menawarkan kepada individu yang ingin mencipta peluang perniagaan dengan berhijrah dari kehidupan ‘makan gaji’:

daftar


Siapa Tuan Dan Cik Puan Sebelum Menyertai Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji Menjadi Usahawan Senang?

Individu yang makan gaji dan tidak mahu menjadi usahawan
Individu yang makan gaji dan pernah bercita-cita menjadi usahawan suatu ketika dahulu
Individu yang makan gaji dan pernah dibuang kerja akibat kilang tutup ataupun syarikat bankrap
Individu yang makan gaji dan pernah menganggur beberapa kali
Individu yang makan gaji dan bercita-cita ingin menjadi usahawan yang berjaya
Individu yang makan gaji dan bercita-cita bagi mendapatkan ‘KEBEBASAN’
Graduan yang belum mendapat pekerjaan
Individu pelajar universiti ataupun kolej
Individu usahawan tetapi belum menikmati erti KEBEBASAN
Individu yang makan gaji dan merasakan orang yang berniaga sendiri lebih berisiko dari orang yang makan gaji.


Apakah Jaminan Selepas Menyertai Bengkel Saya?

Tuan dan Cik Puan tidak dijamin dengan kejayaan dalam perniagaan serta merta kerana bengkel ini menjamin Tuan dan Cik Puan mampu mengekalkan perniagaan Tuan dan Cik Puan untuk selama-lamanya. Ini kerana bengkel ini akan membina corak pemikiran Tuan dan Cik Puan sebagai seorang usahawan. Malahan saya menjamin Tuan dan Cik Puan boleh menghantar surat perletakan jawatan kurang dari setahun selepas Tuan dan Cik Puan menyertai bengkel ini. Namun segala jaminan ini hanya boleh diguna pakai jika Tuan dan Cik Puan berani mengambil risiko dan memulakan gerak usahawan Tuan dan Cik Puan sekarang.

Di dalam bengkel ini nanti Tuan dan Cik Puan turut dibekalkan dengan "resepi" membina perniagaan sendiri dengan kos yang minimum dan risiko yang rendah. Saya mampu buktikan Tuan dan Cik Puan tidak perlu membuat pinjaman bank hanya untuk memiliki perniagaan sendiri.

Bagi pemilik perniagaan separuh masa, saya pasti Tuan dan Cik Puan tidak sabar untuk meninggalkan pekerjaan tetap Tuan dan Cik Puan sekarang. Namun Tuan dan Cik Puan masih was-was dan tidak mahu mengambil risiko. Saya pasti Tuan dan Cik Puan mempunyai kelebihan yang lebih banyak dari individu yang lain dan dengan menghadirkan diri ke bengkel saya anda akan lebih berani ke hadapan dan meninggalkan pekerjaan tetap Tuan dan Cik Puan secepat mungkin. Potensi perniagaan sedia ada lebih tinggi untuk berkembang jika pemilik memberi tumpuan 100% terhadap perniagaan mereka.

Disini saya ingin kongsikan maklum balas dari peserta Siri Pertama Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji:

“Saya amat berpuas hati, tidak sia-sia saya balik lewat ke Kampung . Terima kasih Tuan SK!” Tuan Sabri Hassan Assa’ari - EcommerceMastery.com dan SaifulSham.com


“Saya amat berpuashati dan dapat tahu bagaimana mencari networking, mencari idea bisnes, membina motivasi diri. Saya menggalakkan anda mengikuti bengkel ini” - Tuan Mazlie www.MazlieNadzri.com


“Terbaik untuk membina generasi usahawan Muslim” - Puan Nuranis Bt Amin


“Kursus yang santai dan tidak membosankan, perlu dikerapkan agar lebih ramai dapat manfaat. Promosikan lagi agar lebih ramai yang sertai” Tuan Mohd Zulfadli www.smartusaha.com


“Topik yang menarik, banyak ilmu yang dapat bagus!!!,” - Puan Miera (Beliau menulis lagi… Buat kursus ini dalam 2 hari iaitu lebih dari 1 hari)

Jadi, tunggu apa lagi, daftar tempat Tuan dan Cik Puan sekarang juga!!

Bengkel Berhijrah Menjadi Usahawan


Tarikh:

Sabtu 5 Jun 2010

Tempat:

Ultra Mind Resources
11-2, Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur

Masa:

9 pagi - 4.30 petang

peta

  • Lokasi mudah diakses dari Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) yang menghubungkan lebuhraya utama ke pantai timur dan Kuala Lumpur
  • 10 minit dari stesen LRT PUTRA Wangsa Maju. Bas LRT nombor 301 dan teksi melalui lokasi bengkel

Bangunan kedai bertentangan Petronas, masjid al Muttaqin (berwarna kuning) dan bersebelahan MRR2

Berhampiran restoran Bidayah, Nippon Paint dan Restoran Nasi Kukus Ayam Wafie.

 

  • Nota: Kemudahan solat berhampiran di Masjid al Muttaqin. Ultra Mind Resources hanya mempunyai ruang solat yang boleh memuatkan 3 orang pada satu-satu masa.

  • Ultra Mind Resources dikelilingi kedai makan yang dapat dipilih peserta.

 

Ultra Mind Resources,
11-2, Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur
Malaysia



daftar

Sekian, saya suka

Shamsuddin Kadir (SK)

p.s - Bengkel ini tidak menjanjikan kekayaan serta merta dan tidak ada unsur skim cepat kaya. Ianya melibatkan pembinaan motivasi diri dan penerapan ciri-ciri usahawan.

p.s.s - Kami berhak menukar sebarang tawaran yang di nyatakan pada bila-bila masa sahaja dan menggantikannya dengan tawaran yang lain.